WORKFLOW
How to Create an Effective Character Sheet
AI yang digunakan: ChatGPT
Pilihan saya
Sebelum ini, saya selalu menggunakan Nano Banana Pro untuk menghasilkan character sheet. Pada waktu itu, Nano Banana Pro memberikan hasil yang paling konsisten dan paling hampir dengan gambar rujukan saya.
Namun, kebelakangan ini, GPT Image 2.5 juga mampu menghasilkan character sheet yang sangat konsisten. Buat masa ini, ChatGPT atau GPT 2.5 melalui platform AI seperti Higgsfield dan Magnific menjadi pilihan utama saya.
Jika anda menggunakan pelan Plus ke atas, saya sarankan GPT 5.6 Sol atau model yang lebih tinggi, dengan tetapan sekurang-kurangnya High untuk hasil terbaik. Saya menggunakan GPT Astra-High.
Masukkan gambar rujukan
Masukkan sebanyak mungkin gambar rujukan yang sesuai. Untuk hasil sebaik mungkin, pastikan gambar rujukan merangkumi:
- Close-up muka
- Seluruh badan dari hadapan
- Seluruh badan dari sisi
- Seluruh badan dari belakang
Ini ialah contoh gambar rujukan yang saya gunakan dan ambil daripada Google:
Tekan gambar untuk besarkan.
Masukkan prompt
Selepas memuat naik gambar rujukan, gunakan prompt berikut:
Prompt character sheet
Berdasarkan gambar rujukan yang saya beri, buatkan character sheet yang menunjukkan: - full body frontal - full body back - side profile full body - close-up muka - light grey background

Hilangkan muka pada pandangan badan hadapan
Sebelum menggunakan character sheet untuk generation, edit bahagian full body frontal dan hilangkan muka pada pandangan tersebut.
Anda boleh menggunakan apa-apa alat penyuntingan gambar atau membuat edit terus dalam ChatGPT. Saya menggunakan Adobe Photoshop kerana lebih cepat bagi saya.

Siap!
Bonus Tips
Gunakan prompt ini jika anda mahu menghasilkan karakter wanita dengan ukuran badan tertentu:
Prompt dengan ukuran badan
Semua gambar rujukan yang saya beri ialah gambar seorang karakter wanita yang sama. Berdasarkan semua gambar rujukan tersebut, buatkan character sheet wanita tersebut yang menunjukkan: - full body frontal - full body back - side profile full body - close-up muka frontal - background light gray - pakaian dalam character sheet: [nyatakan pakaian yang anda mahu] - ukuran badan: 38D-26-36







