WORKFLOW
Rappers Video | Higgsfield Genjutsu
Daripada character sheet kepada video: tukar karakter sambil mengekalkan audio dan pergerakan video rujukan.
Sediakan character sheet
Buat character sheet untuk setiap karakter yang awak nak masukkan ke dalam video. Dalam workflow ini, saya menggunakan ChatGPT dengan model Astra-High melalui pelan Pro.
Kalau model itu tidak tersedia dalam akaun awak, cuba model paling tinggi yang tersedia dalam ChatGPT awak, atau gunakan salah satu model berikut:
- Nano Banana Pro 2
- Nano Banana 2
- Seedreams 5 Pro
Berdasarkan pengalaman saya setakat ini, tiga model ini memberikan antara hasil terbaik untuk character sheet.
Buat character sheet dalam ChatGPT
Masukkan gambar rujukan karakter. Ini ialah contoh gambar rujukan yang saya dapatkan daripada Google:
Tekan gambar untuk melihat saiz penuh.
Kemudian, masukkan prompt berikut:
Prompt character sheet
Berdasarkan gambar reference yang saya beri, buatkan character sheet - full body frontal - full body back - closeup - light grey background
Kemaskan rujukan wajah
Selepas mendapat character sheet, saya edit dan buang muka pada bahagian full body frontal. Saya mahu AI merujuk wajah pada gambar close-up sahaja.
Ini membantu mengurangkan rujukan wajah yang bertindih dan mengelakkan hasil karakter yang tidak konsisten dengan character sheet.


Buka Higgsfield dan semak kredit
Pergi ke Higgsfield melalui pautan ini:

Log masuk jika awak sudah mempunyai akaun Higgsfield, atau pilih Sign up jika belum ada akaun.
Dalam contoh ini, kos yang dipaparkan ialah 275 kredit untuk satu generation pada kualiti 1080p. Pastikan baki kredit mencukupi. Awak boleh tambah nilai kredit atau, jika masih baharu, melanggan pelan Higgsfield yang sesuai.
Semak jumlah kredit yang tertera sebelum menekan Generate kerana kos boleh berubah mengikut tetapan dan tawaran semasa.
Buka tab Genjutsu
Buka projek rujukan saya
Klik Recreate
Semak paparan selepas Recreate
Pilih Motion Transfer
Gantikan gambar rujukan karakter
Laraskan prompt
Laraskan prompt mengikut karakter yang awak mahu masukkan. Pastikan rujukan @Image1 dan @Image2 sepadan dengan gambar yang dimuat naik.

Prompt yang saya gunakan
Replace the man in the grey suit in @Video1 with the football player from @Image1. Replace the man in the white shirt in @Video1 with the football player from @Image2. Keep the audio and movements the same as the rappers in @Video1. Only change their appearances to those of the two football players.Awak boleh ubah penerangan karakter mengikut keperluan sendiri. Dalam contoh ini, audio dan pergerakan dikekalkan; hanya penampilan kedua-dua karakter ditukar.
Semak model dan kualiti
Generate video
Tekan Generate dan tunggu sehingga video siap.
Terima kasih.












